Punca kematian 20 ekor kucing di sekitar Pantai Bukit Keluang, pada awal Mac lalu adalah disebabkan jangkitan Parvovirus.<br /><br />Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, JPV, Terengganu, Dr Anun Man berkata, ia dikenal pasti melalui ujian makmal yang dilakukan terhadap sampel bangkai kucing yang diambil.
